PENGGUNAAN BAHASA ROJAK MENJADI AMALAN DIKALANGAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA


SESI DISEMBER 2016



KOMUNIKASI DALAM PENYIARAN ISLAM



..........................................................................................................

PENGENALAN

Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris.

Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa dalam satu pertuturan . Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya.


..........................................................................................

APA ITU BAHASA ROJAK?


Masalah  pencemaran bahasa semakin berleluasa dalam kalangan  masyarakat pada masa ini. Keadaan ini menyukarkan hasrat  kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Huraikan langkah untuk menangani masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat di negara kita.
       Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan bahasa rojak dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak dengan pembangunan dan modenisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis hanya dipandang enteng oleh masyarakat. Bahasa yang dahulunya menjadi ‘lingua franca’ kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan. Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang rendah martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memperkasakan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah mengambil langkah yang proaktif dan efisien agar nilai dan martabat bahasa Melayu dapat dikekalkan.

         Salah satu langkah untuk membendung masalah penemaran bahasa ialah peranan pihak sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Sebagai contohnya, pihak sekolah mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai. Dengan penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang bahasa yang betul, bak kata pepatah “Sambil menyelam minum air”

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu.  Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis di samping mengembalikan martabat bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media massa kerana media massa merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan informasi. Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO), kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan masalah pencemaran bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.

Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang gramatis dalam sektor kerajaan. Dengan mengimplimentasikan langkah ini, semua pegawai dan kakitangan kerajaanakan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data, surat ataupun melakukan pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal biasa”. Dengan cara ini, masalah pencemaran bahasa dapat diminimumkan.

Pencemaran bahasa yang sering kita lihat adalah di papan-papan tanda. Pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika pelancong asing datang ke negara kita, mereka akan terpengaruh oleh penggunaan-penggunaan bahasa yang salah, seterusnyamasalah pencemaran bahasa menjadi lebih serius. Oleh itu, papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah mendapat kelulusan bahasa daripada pakar-pakar bahasa Melayu. Dengan ini, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada merawat”.

Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha mengatasi masalah pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak mereka dengan budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan bercakap. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anak-anak akan terdedah kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang baik dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Hal ini langsung tidak mendatangkan maslahat kepada anak-anak, ibu bapa, mahupun negara malahan semakin memburukkan keadaan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek-aspek penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil kerana hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.







..............................................................................

KEBURUKAN BAHASA ROJAK

  • negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
  • Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
  • Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham
  • Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.



.....................................................................................




CARA-CARA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

          Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang malu untuk menggunakan bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Melayu. Ini menjejaskan imej negara kita kerana Bahasa Melayu adalah bahasa nasional kita. Mengapakah hal ini berlaku? Apakah cara-cara yang kita boleh lakukan untuk melestarikan bahasa ibunda kita?

           Kita boleh mulakan dengan sumbangan individu. Seorang individu yang berbahasa Melayu boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu di rumah ataupun di sekolah. Kita juga harus menunjuk minat kita terhadap Bahasa Melayu dan sering melibatkan diri kita dalam aktiviti bahasa di rumah. Sebagai seorang pelajar, kita harus menanam minat untuk mempelajari bahasa Melayu, jika tidak kita akan menghadapi kesusahan dalam pertuturan bahasa Melayu apabila kita telah menjejaki usia seorang dewasa. Untuk menanam minat ini, kita boleh menganjurkan permainan bahasa dengan keluarga saling saudara-mara.

             Kedua, kita boleh melibatkan diri dalam komuniti kita seperti di sekolah atau badan-badan lain yang relevan. Contohnya di sekolah, kita boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan Bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri Bahasa Melayu di dalam kelas. Kita boleh menjalani program sekolah seperti bengkel-bengkel yang mempromosikan Bahasa Melayu. Seorang pelajar itu juga boleh menjalankan pelajaran Bahasa Melayu lebih menarik untuk menanamkan minat dalam Bahasa Melayu dan mengadakan aktiviti luar kelas. Sumbangan kepada komuniti lebih senang untuk dilakukan kerana kita lebih mengenal oranng-orang sekitar kita.

           Akhir sekali, negara seorang individu itu juga boleh memainkan peranan dalam isu ini dengan bertutur dalam bahasa Melayu apabila mereka ke negara lain untuk perbincangan mereka. Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.




.....................................................................
  
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa. Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa dan lenyaplah bangsa. Langkah untuk memprioritikan bahasa Melayu ini dilakukan agar generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.  


.............................................................................................
LAMPIRAN 
 
CONTOH PERBUALAN




CONTOH LIRIK LAGU